Thursday, February 10, 2011

DOA YANG TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH



1) Membaca Al-quran tetapi tidak mengamalkannya
2) Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur
3) Mengatakan syaitan itu musuh tetapi tetap menjadi pengikutnya
4) Mengatakan syurga itu wujud tetapi tidak berusaha untuk memasukinya
5) Mengatakan neraka itu dahsyat tetapi tidak cuba untuk menjauhinya
6) Mengatakan kita akan mati tetapi tidak bersedia
7) Selalu tengok jenazah ke kubur tetapi tidak mengambil iktibar
8) Menceritakan aib orang lain tetapi lupa aib sendiri
9) Mencintai nabi tetapi tidak mengikut sunnah
10) Mengatakan kita kenal Allah tetapi tidak menunaikan perintah -Nya

4 jenis tudung bagi wanita




“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

Wednesday, August 18, 2010

Buat Mujahidin Islam




Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip Hamas berkata:

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

* Kami telahu dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak- anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

* Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat islam dan juga masjid ketiga suci mareka.

* Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

* Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

* Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

* Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.

* Kami akan terus memastikan prinsip islam akan terus dijulang.

* Namun kami juga memerlukan sokongan dan bantuan anda.

* Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan.

* Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.

* Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.


# Fikir-fikirkan apa yang seharusnya kita lakukan untuk membantu mereka....janganlah kita hanya melihat sahaja. Kita masih ada senjata lain iaitu doa. Jadi doakan mereka semua.dan basahkan lidahmu itu dengan sentiasa membaca qunud nazilah.. Bantu atau kita semua ini akan disoal dan dipertanggungjawabkan diatas penderitaan mereka.

Tuesday, August 17, 2010

Sunnah nabawiah





Setiap sunnah itu baik. Maka di bulan Ramadhan ini perbanyakkanlah amalan sunnah. Ini kerana amalan sunnah itu pahalanya seumpama pahala wajib. Sehari dalam bulan Ramadhan belum tentu sama seperti seribu bulan...

Ramadhan Yangku Cari


ILMU YANG BERMANFAAT




Seorang ilmuan itu umpama awan. Bak kata pujangga ilmu tanpa amal bagai awan tanpa hujan. Benar juga kata mereka, awan yang tidak subur tidak mungkin akan mengeluar air hujan yang baik. Adapun jika ia menyerap segala gas-gas yang beracun juga tidak juga memberi faedah, malah akan memberi impak yang memudharatkan kepada penerimanya. Maka bagaimana untuk menyuburkan awan ini? Hendaklah memberi benih-benih yang baik supaya ia akan menghasilkan air hujan yang baik juga.

Begitu juga dengan kita sebagai ilmuan islam. Wajib bagi setiap muslim itu menuntut ilmu. Tetapi ilmu yang bagaimana? Ilmu yang boleh memebuatkan manusia itu berfikir secara logik..iaitu ilmu Al-Quran, Hadis, ilmu matematik, sains dan sebagainya. Disamping itu juga, ilmu itu hendaklah diguna pakai kita dan disebarkan kepada orang lain. Jangan jadi manusia yang Haji Bakhil (kedekut) ilmu. Kerana seorang ilmuan yang tidak menyebarkan ilmunya itu akan hilang juga nanti. Ini kerana ilmu yang tidak diamalkan akan pergi jauh meninggalkan kita. Ilmu itu tidak menyukai orang yang menyorokkan ilmu yang dia ada. Orang seperti ini akan dipertanggungjawabkan seandainya generasi semasa hayatnya itu sonsang daripada agamanya.

Binalah sebuah mahligai ilmu yang indah dan megah. Di dalamnya terdapat anak-anak yang cintakan ilmu Allah.. Jangan sesekali kita menutup jalan orang lain menuntut ilmu. Permudahkan mereka mencari kebahagiaan dan kemanisan mencari ilmu Allah yang tidak mungkin akan habis dan lenyap sampai bila-bila..Bukan bermakna kita perlu membina madrasah tersebut tetapi cukuplah sekadar kita mengajar pelajar yang tidak mampu untuk mengenal sebuah madrasah itu. Bantulah mereka seandainya mereka datang minta pertolongan. Kerana ilmu yang dicari itu lebih diberkati daripada kita memberi kepada orang yang tidak suka kepada ilmu. Maka ia akan menjadi sia-sia.

Monday, August 16, 2010

KERANA TAKUT KEPADA ALLAH



Dalam sebuah hadis qudsi,ada riwayat mengenai balasan yana diberikan Allah kepada orang yang takut kepada-Nya. Rasulullah SAW bersabda, “terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya, ‘jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu. Kemudian taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seseorang pun di alam ini!’”

Tatkala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang diwasiatkan kepada mereka.Lalu, Allah memerintahkandaratan supaya mengumpulkan abu yang disebarkan di daratan dan memerintah lautan supaya mengumpulkan abu yang disebarkan di lautan.

Kemudian Allah SWT bertanya kepada lelaki itu (setelah dihidupkan kembali), “ mengapakah engkau melakukan semua ini?”

Lelaki itu pun menjawab,” Kerana aku takut kepadaMu wahai Tuhanku, dan Engkau lebih tahu itu semua.”
Maka Allah SWT pun mengampunkan dia.


HIKMAH DISEBALIK CERITA

Sekecil mana pun keimanan dalam dada seseorang (iaitu keyakinan adanya Allah, hisab dan keadilan), dapat mendatangkan keampunan dan rahmat dari Allah. Bagaimana jika rasa takut kepada Allah itu hadir pada setiap saat dengan disertai amal soleh? Tentu pahala yang lebih besar disediakan Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”
(Surah An-Naziat 79:40-41)