Wednesday, August 18, 2010

Buat Mujahidin Islam




Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip Hamas berkata:

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

* Kami telahu dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak- anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

* Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat islam dan juga masjid ketiga suci mareka.

* Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

* Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

* Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

* Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.

* Kami akan terus memastikan prinsip islam akan terus dijulang.

* Namun kami juga memerlukan sokongan dan bantuan anda.

* Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan.

* Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.

* Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.


# Fikir-fikirkan apa yang seharusnya kita lakukan untuk membantu mereka....janganlah kita hanya melihat sahaja. Kita masih ada senjata lain iaitu doa. Jadi doakan mereka semua.dan basahkan lidahmu itu dengan sentiasa membaca qunud nazilah.. Bantu atau kita semua ini akan disoal dan dipertanggungjawabkan diatas penderitaan mereka.

Tuesday, August 17, 2010

Sunnah nabawiah





Setiap sunnah itu baik. Maka di bulan Ramadhan ini perbanyakkanlah amalan sunnah. Ini kerana amalan sunnah itu pahalanya seumpama pahala wajib. Sehari dalam bulan Ramadhan belum tentu sama seperti seribu bulan...

Ramadhan Yangku Cari


ILMU YANG BERMANFAAT




Seorang ilmuan itu umpama awan. Bak kata pujangga ilmu tanpa amal bagai awan tanpa hujan. Benar juga kata mereka, awan yang tidak subur tidak mungkin akan mengeluar air hujan yang baik. Adapun jika ia menyerap segala gas-gas yang beracun juga tidak juga memberi faedah, malah akan memberi impak yang memudharatkan kepada penerimanya. Maka bagaimana untuk menyuburkan awan ini? Hendaklah memberi benih-benih yang baik supaya ia akan menghasilkan air hujan yang baik juga.

Begitu juga dengan kita sebagai ilmuan islam. Wajib bagi setiap muslim itu menuntut ilmu. Tetapi ilmu yang bagaimana? Ilmu yang boleh memebuatkan manusia itu berfikir secara logik..iaitu ilmu Al-Quran, Hadis, ilmu matematik, sains dan sebagainya. Disamping itu juga, ilmu itu hendaklah diguna pakai kita dan disebarkan kepada orang lain. Jangan jadi manusia yang Haji Bakhil (kedekut) ilmu. Kerana seorang ilmuan yang tidak menyebarkan ilmunya itu akan hilang juga nanti. Ini kerana ilmu yang tidak diamalkan akan pergi jauh meninggalkan kita. Ilmu itu tidak menyukai orang yang menyorokkan ilmu yang dia ada. Orang seperti ini akan dipertanggungjawabkan seandainya generasi semasa hayatnya itu sonsang daripada agamanya.

Binalah sebuah mahligai ilmu yang indah dan megah. Di dalamnya terdapat anak-anak yang cintakan ilmu Allah.. Jangan sesekali kita menutup jalan orang lain menuntut ilmu. Permudahkan mereka mencari kebahagiaan dan kemanisan mencari ilmu Allah yang tidak mungkin akan habis dan lenyap sampai bila-bila..Bukan bermakna kita perlu membina madrasah tersebut tetapi cukuplah sekadar kita mengajar pelajar yang tidak mampu untuk mengenal sebuah madrasah itu. Bantulah mereka seandainya mereka datang minta pertolongan. Kerana ilmu yang dicari itu lebih diberkati daripada kita memberi kepada orang yang tidak suka kepada ilmu. Maka ia akan menjadi sia-sia.

Monday, August 16, 2010

KERANA TAKUT KEPADA ALLAH



Dalam sebuah hadis qudsi,ada riwayat mengenai balasan yana diberikan Allah kepada orang yang takut kepada-Nya. Rasulullah SAW bersabda, “terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya, ‘jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu. Kemudian taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seseorang pun di alam ini!’”

Tatkala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang diwasiatkan kepada mereka.Lalu, Allah memerintahkandaratan supaya mengumpulkan abu yang disebarkan di daratan dan memerintah lautan supaya mengumpulkan abu yang disebarkan di lautan.

Kemudian Allah SWT bertanya kepada lelaki itu (setelah dihidupkan kembali), “ mengapakah engkau melakukan semua ini?”

Lelaki itu pun menjawab,” Kerana aku takut kepadaMu wahai Tuhanku, dan Engkau lebih tahu itu semua.”
Maka Allah SWT pun mengampunkan dia.


HIKMAH DISEBALIK CERITA

Sekecil mana pun keimanan dalam dada seseorang (iaitu keyakinan adanya Allah, hisab dan keadilan), dapat mendatangkan keampunan dan rahmat dari Allah. Bagaimana jika rasa takut kepada Allah itu hadir pada setiap saat dengan disertai amal soleh? Tentu pahala yang lebih besar disediakan Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”
(Surah An-Naziat 79:40-41)

Sunday, August 15, 2010

SINAR YANG KIAN PUDAR




Malam yang dingin, ku berjalan sambil mataku melilau mencari sesuatu. Aku bingung dan termenung seketika...Apa sebenarnya yang aku cari..aku pandang terus ke langit yang gelap, cantik sekali. Bintang-bintang yang berkelip- kelip, bulan yang memancarkan cahayanya dan ketika itu angin sepoi- sepoi menyapa tubuhku. Tiba-tiba aku terdengar sesuatu di balik semak samun itu. Bulu rumaku kian meninggi...seramnya. Aku mula memikirkan sesuatu yang menggerunkan. Tetapi ku beranikan diri untuk melihat apa yamg ada di sebalik semak samun itu..Aku berjalan dengan penuh hati-hati...Aku terkejut. Haaaaaaaa apa ini? Bayi? Siapa yang meninggalkan bayi ini? Aku menahan sebak di dada, menitis juga air mata ini.

Bayi itu ditinggalkan tanpa seurat benang pun. Menggigil ia menahan kesejukan..Aku terus mengambil bayi itu lalu ku dakap erat ia..bayi itu menangis lagi. Barangkali bayi ini lapar agaknya.Aku tahu Allah yang gerakkan kaki ini melangkah terus ke sini. Inilah hikmahnya.. Aku temui bayi yang dalam kesejukkan dan kelaparan. Aku bilang umurnya panjang. Allah menggerakkan kaki ini juga untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa ini...Aku dapat sesuatu...

APA YANG MEREKA CARI DI DUNIA INI SEBENARNYA?

Suatu yang dahsyat pernah dilakukan oleh orang-orang islam. Yang mana mereka tidak tahu apa itu dosa...sungguh menyedihkan. Mungkin inilah umat akhir zaman yang mengulangi sejarah zaman jahiliah dahulu...mereka tidak bimbang, apatah lagi takut dengan apa yang mereka lakukan, Walaupun perbuatan itu diangap kejam oleh masyarakat. Benarkah qiamat semakin hampir...siapa yang patut dipersalahkan dalam situasi seperti ini. Mak bapak, guru, kawan-kawan,jiran, siapa saja. Persoalannya siapa? Tepuk dada tanyalah iman.

Kalau kita tidak merasa sensitif dengan apa yang berlaku zaman kini, mungkin kita salah satu golongn orang-orang yahudi dan nasrani... maka tunggulah azab Allah..... Sesungguhnya azab Allah itu tidak terperi sakitnya..Selagi Alquran dan sunnah tidak dipaktikkan inilah akibatnya. Manusia sibuk dengan keseronokan tanpa menghiraukan sedikit pun larangan dari Allah yang maha kuasa.

APA TANGGUNGJAWAB KITA DI ALAM CIPTAAN ALLAH INI?

Adakah kita diciptakan sekadar untuk main-main? Sebenarnya kita diciptakan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Selain itu untuk mencari keredhaan-Nya.Carilah ilmu Allah sebanyak-banyaknya untuk kita menguasai dunia yang mana dunia dikuasai oleh bangsa yahudi dan nasrani...Inilah tugas kita bersama untuk mengembalikan sejarah kegemilangan umat islam dahulu. Bersamalah kita perjuangkan agama Allah...ALLAHU AKBAR!!!!!!

Saturday, August 14, 2010

Apabila Aurat Disalah Faham


Seorang pelajar perempuan sekolah agama memilih memakai seluar jean yang ketat dan kemeja -T ketat paras pinggang sebagai pakaian yang selesa. Apabila ditanya pelajar itu menjawab,

' inilah gaya saya. Saya tidak buat jahat pun. Takkan pakai macam ni pun salah. Cara macam ni pun tutup aurat juga. Dari dulu memang macam ni cara saya berpakaian.

'Seksi ke? kalau nak tunjuk seksi bukan saja dengan pakaian , cara berjalan, dan bentuk badan pun boleh. Tudung ni fesyen, yang terbaru adalah cara ni yang pendek dan ringkas.

jelas pelajar perempuan itu sambil menggayakan tudung fesyen terbaru yang hanya menutup pangkal leher dan menarik kemeja-T yang senteng bahagian belakangnya.



Seorang lagi pelajar perempuan yang berpandangan bahawa pakaian tidak melambangkan peribadi seseorang. Katanya, jika dilihat dalam televisyen, ramai yang berpakaian menutup aurat juga melakukan maksiat. Ramai yang mengandung anak luar nikah, buang bayi tetapi kenapa masyarakat lebih memandang hina kami yang berpakaian seperti ini.


"Saya tahu batas aurat seorang wanita. Kalau dulu saya tidak bertudung, tapi sekarang saya dah bertudung. Saya cuba berubah sedikit demi sedikit. Biarlah perubahan ini ikhlas dari hati saya sendiri"

"Kalau ada yang cakap, baik tak payah pakai tudung kalau pakai baju macam itu, saya tak kisah. Yng pelik kenapa tak tengok dulu kerja yang yang buat sebelum kutuk. Saya bekerja dalam bidang yang lasak dan berpakaian seperti ini lebih selesa. Itu pesonaliti saya."


Inilah umat nabi Muhammad sekarang. zaman dah moden, jadi dunia pun kenalah berubah...Mengapa jadi begini? salah siapa semua ini terjadi? tepuk dada tanyalah iman. Kalau ini sikap kita yang hanya melihat sahaja atau lebih kepada konsep tunggu dan lihat..... maka tunggulah azab dari Allah. Apa yang harus dilakukan? ini semua hendaklah berbalik kepada hukum Allah yang selama ini diperkotak katikkan sesetengah pihak. selagi hukum Allah tidak dilaksanakan tidak ada yang akan selesai....percayalah.