Wednesday, August 18, 2010

Buat Mujahidin Islam




Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip Hamas berkata:

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

* Kami telahu dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak- anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

* Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat islam dan juga masjid ketiga suci mareka.

* Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

* Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

* Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

* Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.

* Kami akan terus memastikan prinsip islam akan terus dijulang.

* Namun kami juga memerlukan sokongan dan bantuan anda.

* Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan.

* Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.

* Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.


# Fikir-fikirkan apa yang seharusnya kita lakukan untuk membantu mereka....janganlah kita hanya melihat sahaja. Kita masih ada senjata lain iaitu doa. Jadi doakan mereka semua.dan basahkan lidahmu itu dengan sentiasa membaca qunud nazilah.. Bantu atau kita semua ini akan disoal dan dipertanggungjawabkan diatas penderitaan mereka.

Tuesday, August 17, 2010

Sunnah nabawiah





Setiap sunnah itu baik. Maka di bulan Ramadhan ini perbanyakkanlah amalan sunnah. Ini kerana amalan sunnah itu pahalanya seumpama pahala wajib. Sehari dalam bulan Ramadhan belum tentu sama seperti seribu bulan...

Ramadhan Yangku Cari


ILMU YANG BERMANFAAT




Seorang ilmuan itu umpama awan. Bak kata pujangga ilmu tanpa amal bagai awan tanpa hujan. Benar juga kata mereka, awan yang tidak subur tidak mungkin akan mengeluar air hujan yang baik. Adapun jika ia menyerap segala gas-gas yang beracun juga tidak juga memberi faedah, malah akan memberi impak yang memudharatkan kepada penerimanya. Maka bagaimana untuk menyuburkan awan ini? Hendaklah memberi benih-benih yang baik supaya ia akan menghasilkan air hujan yang baik juga.

Begitu juga dengan kita sebagai ilmuan islam. Wajib bagi setiap muslim itu menuntut ilmu. Tetapi ilmu yang bagaimana? Ilmu yang boleh memebuatkan manusia itu berfikir secara logik..iaitu ilmu Al-Quran, Hadis, ilmu matematik, sains dan sebagainya. Disamping itu juga, ilmu itu hendaklah diguna pakai kita dan disebarkan kepada orang lain. Jangan jadi manusia yang Haji Bakhil (kedekut) ilmu. Kerana seorang ilmuan yang tidak menyebarkan ilmunya itu akan hilang juga nanti. Ini kerana ilmu yang tidak diamalkan akan pergi jauh meninggalkan kita. Ilmu itu tidak menyukai orang yang menyorokkan ilmu yang dia ada. Orang seperti ini akan dipertanggungjawabkan seandainya generasi semasa hayatnya itu sonsang daripada agamanya.

Binalah sebuah mahligai ilmu yang indah dan megah. Di dalamnya terdapat anak-anak yang cintakan ilmu Allah.. Jangan sesekali kita menutup jalan orang lain menuntut ilmu. Permudahkan mereka mencari kebahagiaan dan kemanisan mencari ilmu Allah yang tidak mungkin akan habis dan lenyap sampai bila-bila..Bukan bermakna kita perlu membina madrasah tersebut tetapi cukuplah sekadar kita mengajar pelajar yang tidak mampu untuk mengenal sebuah madrasah itu. Bantulah mereka seandainya mereka datang minta pertolongan. Kerana ilmu yang dicari itu lebih diberkati daripada kita memberi kepada orang yang tidak suka kepada ilmu. Maka ia akan menjadi sia-sia.

Monday, August 16, 2010

KERANA TAKUT KEPADA ALLAH



Dalam sebuah hadis qudsi,ada riwayat mengenai balasan yana diberikan Allah kepada orang yang takut kepada-Nya. Rasulullah SAW bersabda, “terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya, ‘jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu. Kemudian taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seseorang pun di alam ini!’”

Tatkala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang diwasiatkan kepada mereka.Lalu, Allah memerintahkandaratan supaya mengumpulkan abu yang disebarkan di daratan dan memerintah lautan supaya mengumpulkan abu yang disebarkan di lautan.

Kemudian Allah SWT bertanya kepada lelaki itu (setelah dihidupkan kembali), “ mengapakah engkau melakukan semua ini?”

Lelaki itu pun menjawab,” Kerana aku takut kepadaMu wahai Tuhanku, dan Engkau lebih tahu itu semua.”
Maka Allah SWT pun mengampunkan dia.


HIKMAH DISEBALIK CERITA

Sekecil mana pun keimanan dalam dada seseorang (iaitu keyakinan adanya Allah, hisab dan keadilan), dapat mendatangkan keampunan dan rahmat dari Allah. Bagaimana jika rasa takut kepada Allah itu hadir pada setiap saat dengan disertai amal soleh? Tentu pahala yang lebih besar disediakan Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”
(Surah An-Naziat 79:40-41)

Sunday, August 15, 2010

SINAR YANG KIAN PUDAR




Malam yang dingin, ku berjalan sambil mataku melilau mencari sesuatu. Aku bingung dan termenung seketika...Apa sebenarnya yang aku cari..aku pandang terus ke langit yang gelap, cantik sekali. Bintang-bintang yang berkelip- kelip, bulan yang memancarkan cahayanya dan ketika itu angin sepoi- sepoi menyapa tubuhku. Tiba-tiba aku terdengar sesuatu di balik semak samun itu. Bulu rumaku kian meninggi...seramnya. Aku mula memikirkan sesuatu yang menggerunkan. Tetapi ku beranikan diri untuk melihat apa yamg ada di sebalik semak samun itu..Aku berjalan dengan penuh hati-hati...Aku terkejut. Haaaaaaaa apa ini? Bayi? Siapa yang meninggalkan bayi ini? Aku menahan sebak di dada, menitis juga air mata ini.

Bayi itu ditinggalkan tanpa seurat benang pun. Menggigil ia menahan kesejukan..Aku terus mengambil bayi itu lalu ku dakap erat ia..bayi itu menangis lagi. Barangkali bayi ini lapar agaknya.Aku tahu Allah yang gerakkan kaki ini melangkah terus ke sini. Inilah hikmahnya.. Aku temui bayi yang dalam kesejukkan dan kelaparan. Aku bilang umurnya panjang. Allah menggerakkan kaki ini juga untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa ini...Aku dapat sesuatu...

APA YANG MEREKA CARI DI DUNIA INI SEBENARNYA?

Suatu yang dahsyat pernah dilakukan oleh orang-orang islam. Yang mana mereka tidak tahu apa itu dosa...sungguh menyedihkan. Mungkin inilah umat akhir zaman yang mengulangi sejarah zaman jahiliah dahulu...mereka tidak bimbang, apatah lagi takut dengan apa yang mereka lakukan, Walaupun perbuatan itu diangap kejam oleh masyarakat. Benarkah qiamat semakin hampir...siapa yang patut dipersalahkan dalam situasi seperti ini. Mak bapak, guru, kawan-kawan,jiran, siapa saja. Persoalannya siapa? Tepuk dada tanyalah iman.

Kalau kita tidak merasa sensitif dengan apa yang berlaku zaman kini, mungkin kita salah satu golongn orang-orang yahudi dan nasrani... maka tunggulah azab Allah..... Sesungguhnya azab Allah itu tidak terperi sakitnya..Selagi Alquran dan sunnah tidak dipaktikkan inilah akibatnya. Manusia sibuk dengan keseronokan tanpa menghiraukan sedikit pun larangan dari Allah yang maha kuasa.

APA TANGGUNGJAWAB KITA DI ALAM CIPTAAN ALLAH INI?

Adakah kita diciptakan sekadar untuk main-main? Sebenarnya kita diciptakan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Selain itu untuk mencari keredhaan-Nya.Carilah ilmu Allah sebanyak-banyaknya untuk kita menguasai dunia yang mana dunia dikuasai oleh bangsa yahudi dan nasrani...Inilah tugas kita bersama untuk mengembalikan sejarah kegemilangan umat islam dahulu. Bersamalah kita perjuangkan agama Allah...ALLAHU AKBAR!!!!!!

Saturday, August 14, 2010

Apabila Aurat Disalah Faham


Seorang pelajar perempuan sekolah agama memilih memakai seluar jean yang ketat dan kemeja -T ketat paras pinggang sebagai pakaian yang selesa. Apabila ditanya pelajar itu menjawab,

' inilah gaya saya. Saya tidak buat jahat pun. Takkan pakai macam ni pun salah. Cara macam ni pun tutup aurat juga. Dari dulu memang macam ni cara saya berpakaian.

'Seksi ke? kalau nak tunjuk seksi bukan saja dengan pakaian , cara berjalan, dan bentuk badan pun boleh. Tudung ni fesyen, yang terbaru adalah cara ni yang pendek dan ringkas.

jelas pelajar perempuan itu sambil menggayakan tudung fesyen terbaru yang hanya menutup pangkal leher dan menarik kemeja-T yang senteng bahagian belakangnya.



Seorang lagi pelajar perempuan yang berpandangan bahawa pakaian tidak melambangkan peribadi seseorang. Katanya, jika dilihat dalam televisyen, ramai yang berpakaian menutup aurat juga melakukan maksiat. Ramai yang mengandung anak luar nikah, buang bayi tetapi kenapa masyarakat lebih memandang hina kami yang berpakaian seperti ini.


"Saya tahu batas aurat seorang wanita. Kalau dulu saya tidak bertudung, tapi sekarang saya dah bertudung. Saya cuba berubah sedikit demi sedikit. Biarlah perubahan ini ikhlas dari hati saya sendiri"

"Kalau ada yang cakap, baik tak payah pakai tudung kalau pakai baju macam itu, saya tak kisah. Yng pelik kenapa tak tengok dulu kerja yang yang buat sebelum kutuk. Saya bekerja dalam bidang yang lasak dan berpakaian seperti ini lebih selesa. Itu pesonaliti saya."


Inilah umat nabi Muhammad sekarang. zaman dah moden, jadi dunia pun kenalah berubah...Mengapa jadi begini? salah siapa semua ini terjadi? tepuk dada tanyalah iman. Kalau ini sikap kita yang hanya melihat sahaja atau lebih kepada konsep tunggu dan lihat..... maka tunggulah azab dari Allah. Apa yang harus dilakukan? ini semua hendaklah berbalik kepada hukum Allah yang selama ini diperkotak katikkan sesetengah pihak. selagi hukum Allah tidak dilaksanakan tidak ada yang akan selesai....percayalah.

Thursday, June 3, 2010

Keamanan = Islam


· Islam merupakan sebuah agama yang sangat mencintai keamanan. Sesungguhnya Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir.


Di dalam satu kisah, Rasulullah S.A.W menghantar surat kepada beberapa orang raja mengajak kepada Islam yang suci. Salah satu raja yang diutus surat itu ialah Raja Busra dimana Haris bin Umar Azdi r.a menjadi utusan Rasulullah.


Takdir Allah, Haris telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar. Tindakan ini sangat bertentangan dengan tatacara undang undang kerana Haris hanya merupakan seorang utusan.


Rasulullah berasa sangat sedih dengan kejadian ini lantas menghantar 3000 tentera Islam untuk memerangi musuh yang jahat itu. Perang ini dinamakan sebagai Perang Mu’tah kerana kejadian ini berlaku di Mu’tah, Jordan.


Di sinilah terjadinya peristiwa yang memaparkan semangat kepahlawanan dan kecintaan kepada syahid oleh tentera Islam. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harithah sebagai ketua pasukan.
Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran:
“Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranya Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.”


Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata:
“Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”


Rasulullah tidak turut serta di dalam perang ini. Baginda menyerahkan sehelai bendera putih yang dibuat oleh baginda sendiri kepada Zaid.


Kemudian baginda berdoa:
“Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”


Seraya itu, Abdullah bin Rawahah menyampaikan serangkap syair:
“Aku hanya menginginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan
sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.


Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah…. berjaya dan makmur. Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.”


Pihak musuh telah mengetahui akan kedatangan tentera Islam. Lantas mereka mempersiapkan tentera mereka dengan kekuatan 100 000 tentera yang diketuai oleh seorang panglima, Sarjil.
Ketika Sarjil hendak mara,mereka mendapat khabar bahawa Kaisar juga sedang mara dengan tenteranya yang berjumlah 100 000 orang.
Jadi, semuanya berjumlah 200 000 orang!


Bayangkan-rakan rakan, 3000 orang berlawan dengan 200 000 orang! Jadi ketika itu, ada di kalangan sahabat yang menyuruh menghantar maklumat kepada Rasulullah akan perkara ini andai kata ada rukhsah untuk tidak berperang.


Dalam keadaan ragu ragu itu, Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang:
“Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid.
Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya.
Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.”


Lantas saja, semangat tentera Islam membakar kembali umpama api yang membaham kertas.Lalu,kedua dua pihak berperang bermati-matian. Dalam pertempuran yang sengit itu gugurlah Zaid bin Harithah sebagai syuhada.


Terus sahaja, Jaafar bin Ali Talib r.a memikul tanggungjawab sebagai panglima. Beliau sengaja melumpuhkan kaki kudanya supaya beliau tidak ada alasan melarikan diri dari medan pertempuran yang kian menggila itu.


Beliau menggenggam bendera dengan tangan kanannya,tetapi musuh datang menetak. Lalu, berpindah ke tangan kirinya. Ditetak jua. Lantas, didakap bendera Islam itu dengan kedua tangannya yang kudung.


Darah mengalir seperti kepala paip yang kehilangan penguncinya. Akhirnya,riwayat beliau diakhiri dengan satu tetakan dari belakang yang menyebabkan badannya terputus.


Abdullah bin Umar ra. menceritakan,
“Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”
Allah telah menganugerahkan sepasang sayap buat Jaafar di syurga nanti.


Selepas itu, Abdullah bin Rawahah pula memimpin tentera Islam di mana beliau juga turut menyertai para syuhada’ yang lain. Kegigihan Abdullah dapat dilihat apabila beliau sanggup memutuskan jari-jarinya yang telah ditetak oleh musuh kerana mengganggu pergerakannya.
Seterusnya,tentera Islam dipimpin oleh seorang panglima yang selepas itu menjadi salah seorang panglima yang agung di dalam sejarah Islam. Beliau ialah panglima yang ulung, Khalid bin Al Walid.


Khalid berjaya melakukan satu taktik pengunduran yang berjaya mengelirukan tentera musuh dan berjaya meminimakan kerugian di pihak Islam.
Di dalam perang ini,seramai 1000 tentera Muslim telah syahid manakala di pihak musuh kira-kira seramai 20 000 orang telah terkorban.


Perang ini telah menggoyah keyakinan Kaisar dan telah menambahkan lagi keyakinan di pihak Muslim.
Yakinlah dengan janji Allah,syurga menanti para PENCINTA SYAHID!


“hidup mulia atau mati syahid…”itulah jalan kami…

Friday, May 28, 2010

iSlamkAh aKu EsOK hARi?


ingat tak kisah Bashisha? Siapa dia? Mari kita kaji kisah beliau......




Pada zaman Rasulullah ada seorang guru agama. Beliau mempunyai ramai murid. Beliau juga seorang yang kuat beribadat kepada Allah dan tidak suka melakukan maksiat.




Suatu hari datang iblis yang menyamar sebagai seorang lelaki yang soleh.. Dia datang kepada guru tersebut lalu berkata....' wahai guruku aku lihat engkau tidak sekali pun melakukan kejahatan. pasti tuhan engkau sayangkan engkau. Tidakkah engkau berasa ingin melakukan kejahatan sekali seumur hidupmu. Aku syorkan engkau lakukan satu sahaja daripada tiga ini.




1) membunuh


2) berzina


3) minum arak




Nanti tuhanmu pasti mengampunkan dosamu kerana dia engkau telah beribadat sekian lamanya'. kata iblis itu.




Maka jawab guru itu,' baiklah. aku akan melakukannya. nanti aku bertaubatlah. aku nak melakukan kejahatan yang ketiga iaitu minum arak. kerana dosa minum arak kecil sedikit daripada membunuh dan berzina'.




Maka guru itu pun pergi ke sebuah kampung untuk membeli arak. kebetulan yang menjual arak di kedai itu terdapat seorang gadis yang sangat cantik. setelah guru tersebut meminum arak beliau menjadi mabuk lalu beliau berzina dengan gadis tadi. apabila pelakuan beliau diketahui oleh abang gadis itu maka beliau telah membunuh abang gadis tersebut.




Iblis menyamar sebagai seorang lelaki lalu memberitahu orang kampung bahawa guru itu telah membunuh seorang ahli kampung mereka.Setelah perlakuan guru itu diketahui oleh orang kampung. maka beliau pun ditangkap dan disalib pada sebatang pokok, untuk dijatuhi hukuman. kemudian datang iblis untuk memberi pertolongan.


lalu iblis berkata' aku akan menolong engkau tapi dengan satu syarat aku akan melepaskan engkau. syaratnya , engkau mesti sujut dekat aku sekali sahaja. aku janji akan melepaskan engkau.


berkata guru itu' bagaimana aku nak sujud dekat engkau sedang tangan aku diikat.


iblis menjawab' engkau hanya melakukan isyarat sahaja. dengan menundukkan kepala engkau kebawah sedikit. aku akan melepaskan engkau.

jawab guru itu semula' baiklah.


lalu beliau pun sujud dengan menggunakan isyarat sahaja. maka iblis pun ketawa dengan kuatnya dan berkata ' aku tidak akan melepaskan engkau. aku hanya nak melihat engkau akan dibakar bersama2 aku nanti dineraka. hahaha...'


maka guru itu pun matilah dalam keadaan kufur...


ketahuilah bahawa iblis dan syaitan itu musuh yang nyata sampai hari kiamat kelak. dan janganlah sesekali kita terdorong untuk melakukan kemaksiatan kerana segala kejahatan itu adalah yang paling dibenci Allah dan seluruh alam ciptaan tuhan....




Friday, May 21, 2010

Kebebasan


Apa yang kita cari sebenarnya.......kebebasan hidup?
dikisah pada zaman dahulu ada seorang ustaz dan lima orang muridnya yang giat menuntut ilmu...
suatu hari ustaz itu memberi setiap seorang seekor ayam untuk disembeleh. kata ustaz itu,' cari tempat yang tidak ada orang yang melihat kamu, sedang kamu sibuk menyembelih ayam itu'.
maka masing2 mencari tempat untuk melakukan tugasan yang diberi oleh ustaz tersebut.
maka apabila mereka selesai melakukan tugasan tersebut, mereka kembali kepada ustaz nya.
masing2 menunjukkan ayam yang disembelih itu. tapi seorang daripada mereka itu menunjukkan ayam yang diberi tadi masih tidak disembelih.
berkata ustaz itu,' kenapa kamu tidak sembelih ayam yang saya beri kepada kamu tadi.
maka berkata murid itu,' saya sudah mencari tempat yang tidak ada orang yang boleh melihat saya. tapi saya tidak menjumpainya. saya merasa ada yang melihat ketika saya hendak menyembelih ayam itu. saya takut....'
ustaz itu berkata,' kamu lulus dalam ujian ini kerana tiada tempat yang tidak boleh dilihat oleh ALLAH'.
Inilah kesannya apabila kita dekat dengan Allah dan sentiasa merasa kita adalah makhluk Allah
yang tidak lari dari kebebasan yang sedia digaris oleh ulama'2 terdahulu...

Thursday, May 20, 2010

CiNta


Cinta adalah perasaan jiwa dan tarikan hati. Ia adalah fitrah. Islam mengiktiraf fitrah ini dan menggariskan 3 peringkat cinta:
1) cinta agung: cinta kepada Allah, rasul, dan jihad di jalan Allah.
2) cinta pertengahan: cinta yang terhasil daripada ikatan selepas perkahwinan ( aqidah, keturunan, kaum kerabat, perkahwinan, dan pesaudaraan.
3) cinta hina: cinta taghut, syaitan, musuh2 Allah, hawa nafsu, syahwat, dan utamakan kasih (ibu bapa, anak2, isteri, keluarga, perniagaan, negara....melebihi kasih Allah dan Rasullullah serta jihad di jalan Allah..)
dalan islam tiada istilah cinta sebelum kahwin. Dr. Abdullah Nasih Ulwan meletakkan 3 peringkat cintaberdasarkan surah AT-TAUBAT ; 24....yang bermaksud...
katakanlah, ' jika bapa2 mu,anak2 mu, isteri2 mu, keluaga2 mu, harta2 kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya serta berjihat di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 fasik.
masih belum terlambat untuk menagih cinta ilahi. Kerna Allah itu tidak pernah membenci hambaNya kecuali hambaNya itu sendiri yang meninggalkan tuhannya.....

TeMaN sEjAti


Kta ibu,kawan umpama lebah. Ada madu ia pun datang.
Kta ayah, kawan umpama kumbang. Habis madu terbang ia.
Kta nenek, kawan umpama merpati. Disiul tak mungkin hampir, ditabur makanan beribu yang menghimpit.
Kta cikgu, kawan setia berkorban apa saja. yang memastikan kawan berjaya hingga keakhirnya.
Kta orang, kawan suka mudah dicari, kawan duka 1 dalam seribu. kawan sejati tidak mungkin menjelma. namun hadirnya membawa bahagia.....
mungkin benar kata2 mereka tapi bagi orang2 yang beriman kawan itu umpama peha kanan dan peha kiri. Apabila dicubit peha kanan peha kiri pun akan terasa...kerana hati orang2 beriman itu hanya 1.

Tuesday, May 18, 2010

KESALAHAN MENUTUP AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.


KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)


KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.


KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.


Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Thursday, May 13, 2010

KASIH IBU




Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, " Ada dua orang perempuan sedang bermain-main dengan anak mereka. Tiba-tiba datang seekor serigala dan menerkam salah seorang anak itu, kemudian dibawa lari. Maka ibu yang mempunyai anak yang diterkam berkata kepada ibu yang anaknya selamat: ' Yang dibawa lari serigala itu anakmu'. Temannya pun membantah: 'Bukan, yang diterkam itu ialah anakmu'.




YANG MANA SATU IBUNYA




Mereka saling berebut, maka kedua-duanya bersepakat menemui Nabi Daud a.s untuk meminta bantuan. Lalu Nabi Daud a.s memberi keputusan bahawa anak tersebut ialah putera


daripada ibu yang lebih tua usianya.




BELAH ANAK ITU




Kerana tidak puas hati, mereka mengadu kepada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. Nabi Sulaiman berkata: ' Bawalah kepadaku sebilah pisau untuk membelah anak ini agar masing-masing ibu mendapat bahagiannya'. Perempuan yang masih muda berkata: ' Jangan lakukan! Semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Itu anak daripada ibu ini,' katanya sambil mrnunjukkan kepada ibu yang lebih tua. Maka Nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak tersebut putera daripada ibu yang lebih muda.

Sunday, May 9, 2010

DUNIA HARI INI



Jika hari ini seorang daie dimanefestasi

Jika hari ini dakwah ditransformasi

Jika hari ini daulah islam makin dihampiri

Jika hari ini khilafah islam tertegak kembali

Semuanya bermula dari seorang MURABBI sejati.

Tuesday, April 27, 2010

INILAH HIDAYAH AKAL


Dengan hidayah akal manusia dilebihkan sedikit drpd haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan makhluk ALLAH yang lain. Dan akal manusia dapat membezakan antara kaca dan permata, walaupun kedua2nya sama-sama bercahaya....

AL IMAMUL AKBAR DR MUHAMMAD SAYYID TANTAWI

Walaupun beberapa pendapatnya sering dipandang kontroversi, namun sumbangannya terhadap dakwah, pendidikan, ilmu pengetahuan dan sebagainya tidak dapat dinafikan.
Sempat menonton di tv Mesir satu ketika beliau menyampaikan kuliah tafsir. Ungkapan dan tuturannya lembut dan jelas sekali. Sesuai didengar oleh orang yang baru sampai seperti kami ketika itu.
Allahyarham yang merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as-Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di Kota Iskandariah.
Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat cemerlang (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin Universiti al-Azhar, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun.
Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi pengajian pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.
Kemudian Prof. Dr Mohammed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehingga beliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.
Beliau merupakan salah seorang ilmuan al Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.
Beliau meninggal dunia di Riyadh, Saudi ketika lawatannya menyertai Majlis Penyampaian Anugerah al-Malik Faisal Antarabangsa bagi bidang perkembangan Bahasa Arab.
Sheikhul al Azhar, al Imam al-Akbar Prof. Dr Mohammed Sayyid at-Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.
Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa al Malik Khaled, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham dikejarkan ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Semoga Allah SWT menerima amal baiknya dan mengampunkan segala kesalahannya. Al-Fatihah

5 WASIAT DRI ALLAH S.W.T KPD RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya : 1- Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. 2- Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. 3- Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. 4- Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. 5- Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu : 1- Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. 2- Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya. 3- Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. 4- Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. 5- Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. 6- Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan kelurusan agamanya 7- Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Sunday, April 25, 2010

TIPU DAYA SYAITAN TERHADAP AHLI IBADAH




Adapun tipuan serta ajakan syaitan terhadap manusia agar meninggalkan beribadah kepada Allah Taala ada 7 macam jalan;

1. Syaitan melarang manusia, agar jangan taat kepada Allah. Orang-orang yang dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan akan berkata: Aku sangat memerlukan sekali kepada pahala dari Allah, kerana aku harus mempunyai bekal dari dunia untuk akhirat yang kekal abadi.

2. Bila pujukan pertama tidak berhasil, maka syaitan mengajak manusia untuk mengakhiri taat; nanti saja atau kalau sudah tua, dan sebagainya. Orang-orang yang terpelihara akan menolak ajakan itu dan akan berkata: Ajalku bukan pada tanganku; jika aku menunda-nunda amal hari ini untuk esok, maka amal hari esok bila akan aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari dan waktu mempunyai amal tersendiri dan hak hukum waktunya.

3. Kadang-kadang syaitan akan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan amat segera dan katanya: Ayuh' cepat-cepat beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya. Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata: Amal yang sedikit tapi sempurna lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna. Dalam hal Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud: "Tergopoh-gopoh itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara;

1. Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2. Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3. Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4. Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5. Bertaubat setelah mengerjakan dosa.

4. Syaitan itu lalu menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab kalau tidak sempurna nanti dicela oleh orang lain. Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata; Untuk saya cukup dinilai oleh Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana manusia. Ini adalah isyarat supaya manusia Riya' dalam amalnya.

5. Setelah itu syaitan menancapkan perasaan dalam hati orang yang beramal dengan mengatakan; Betapa tingginya darjatmu dapat beramal sholeh dan betapa pula cerdikmu dan kesempurnaanmu. Orang-orang yang baik akan menjawab bahawa semua keagungan dan kesempurnaann itu kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau kekuasaan aku. Allahlah yang memberi taufiq kepadaku untuk mengerjakan amal yang Ia redhoi, dan memberikan ganjaran yang besar dengan anugerah kurniaNya. Jika sekiranya tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, di samping dosaku yang banyak pula. Tidak dapat berkata-kata dan mengamalkan begini melainkan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Ilmu Tasauf atau Ilmu Makrifat.

6. Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengajukan jalan yang keenam. Jalan ini lebih hebat dari yang disebut tadi, dan tidak akan bisa selamat terhadapnya kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya. Syaitan itu berkata, membisikkan di hati manusia: "Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan Sir, jangan diketahui oleh manusia sebab Allah jualah yang akan menzhohirkan amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas". Syaitan itu mencampur-baurkan terhadap setiap orang yang beramal dengan amal tipuannya yang lemah sekali. Dengan ucapannya itu, syaitan bermaksud untuk memasukkan sebahagian daripada penyakit Riya'. Orang yang terpelihara oleh Allah akan menolak ajakan syaitan itu dengan mengatakan; Hai Malaun (yang dilaknat) tiada henti-henti engkau menggodakaku untuk merosakkan amal dan ibadatku dengan berbagai-bagai jalan dan sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu untuk merosakkannya. Aku ini hamba Allah dan Allahlah jua yang menjadikan aku. Kalau Allah SWT. berkehendak menzhohirkan amalku atau menyembunyikannya; dan kalau berkehendak menjadikan aku mulia atau hina, ini adalah urusan Allah. Aku tidak gelisah apakah amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau tidak kerana itu bukan urusan aku sebagai seorang hamba Allah.

7. Setelah gagal syaitan itu menggoda dengan jalan keenam, maka ia menggoda lagi dengan jalan ketujuh dengan mengatakan; "Hai manusia..tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, kerana jika engkau telah ditetapkan oleh Allah pada masa azali dan dijadikan makhluk yang bahagia, maka tidak menjadi mudorat apa-apa bagi engkau untuk meninggalkan amal, engkau akan tetap menjadi seorang yang bahagia. Sebaliknya jika engkau dikehendaki Allah menjadi orang yang celaka, maka tidak ada gunanya lagi engkau beramal dan tetaplah engkau celaka".Orang-orang yang terpelihara oleh Allah tentu akan menolak godaan ini dengan mengatakan:

Aku ini seorang hamba, berkewajipan menurut perintah Tuhanku. Tuhan Maha Mengetahui , menetapkan sekehendakNya dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya. Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku dijadikan seorang yang seorang yang berbahgia, aku tetap perlu beribadah untuk menambah pahala, dan jika aku dijadikan seorang yang celaka, aku tetap harus beramal ibadah, supaya tidak menjadi penyesalan bagi diriku meninggalkan amal itu. Jika sekiranya aku dimasukkan neraka, padahal aku taat, aku lebih senang daripada jika dimasukkan neraka kerana aku maksiat. Tetapi tidak akan demikian keadaannya kerana janji Allah pasti terjadi dan sabdaNya pasti benar. Allah telah menjanjikan kepada siapa yang beramal taat kepadaNya akan diberi ganjaran. Siapa-siapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, tidak akan dimasukkan ke dalam neraka dan pasti akan dimasukkan ke Syorga. Jadi masuknya, seseorang ke Syurga bukanlah kerana kekuatan amalnya, tetapi kerana janji Allah semata yang pasti dan suci.

Oleh kerana itu, sedarlah wahai hamba Allah, semoga Allah memberi rahmat kepadamu, sesungguhnya urusan taat kepada Allah seperti yang engkau lihat dan dengar bahawa banyak sekali godaan dan tipuan syaitan untuk menggagalkannya. Qiyaslah segala urusan dan tingkah laku kepada keadaan tersebut, dan bermohonlah pertolongan kepada Allah agar engkau dilindungi dan dipelihara dari kejahatan syaitan ini, kerana sega sesuatu benda di bawah kekuasaan Allah dan kepada Allah kita mohon Taufiq untuk mendapatkan keridhoaanNya.

TIDAK ADA DAYA UNTUK MENINGGALKAN MAKSIAT DAN TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK MENGERJAKAN TAAT, KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA LUHUR DAN MAHA AGUNG