Thursday, May 13, 2010

KASIH IBU




Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, " Ada dua orang perempuan sedang bermain-main dengan anak mereka. Tiba-tiba datang seekor serigala dan menerkam salah seorang anak itu, kemudian dibawa lari. Maka ibu yang mempunyai anak yang diterkam berkata kepada ibu yang anaknya selamat: ' Yang dibawa lari serigala itu anakmu'. Temannya pun membantah: 'Bukan, yang diterkam itu ialah anakmu'.




YANG MANA SATU IBUNYA




Mereka saling berebut, maka kedua-duanya bersepakat menemui Nabi Daud a.s untuk meminta bantuan. Lalu Nabi Daud a.s memberi keputusan bahawa anak tersebut ialah putera


daripada ibu yang lebih tua usianya.




BELAH ANAK ITU




Kerana tidak puas hati, mereka mengadu kepada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. Nabi Sulaiman berkata: ' Bawalah kepadaku sebilah pisau untuk membelah anak ini agar masing-masing ibu mendapat bahagiannya'. Perempuan yang masih muda berkata: ' Jangan lakukan! Semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Itu anak daripada ibu ini,' katanya sambil mrnunjukkan kepada ibu yang lebih tua. Maka Nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak tersebut putera daripada ibu yang lebih muda.

No comments:

Post a Comment