Thursday, June 3, 2010

Keamanan = Islam


· Islam merupakan sebuah agama yang sangat mencintai keamanan. Sesungguhnya Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir.


Di dalam satu kisah, Rasulullah S.A.W menghantar surat kepada beberapa orang raja mengajak kepada Islam yang suci. Salah satu raja yang diutus surat itu ialah Raja Busra dimana Haris bin Umar Azdi r.a menjadi utusan Rasulullah.


Takdir Allah, Haris telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar. Tindakan ini sangat bertentangan dengan tatacara undang undang kerana Haris hanya merupakan seorang utusan.


Rasulullah berasa sangat sedih dengan kejadian ini lantas menghantar 3000 tentera Islam untuk memerangi musuh yang jahat itu. Perang ini dinamakan sebagai Perang Mu’tah kerana kejadian ini berlaku di Mu’tah, Jordan.


Di sinilah terjadinya peristiwa yang memaparkan semangat kepahlawanan dan kecintaan kepada syahid oleh tentera Islam. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harithah sebagai ketua pasukan.
Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran:
“Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranya Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.”


Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata:
“Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”


Rasulullah tidak turut serta di dalam perang ini. Baginda menyerahkan sehelai bendera putih yang dibuat oleh baginda sendiri kepada Zaid.


Kemudian baginda berdoa:
“Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”


Seraya itu, Abdullah bin Rawahah menyampaikan serangkap syair:
“Aku hanya menginginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan
sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.


Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah…. berjaya dan makmur. Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.”


Pihak musuh telah mengetahui akan kedatangan tentera Islam. Lantas mereka mempersiapkan tentera mereka dengan kekuatan 100 000 tentera yang diketuai oleh seorang panglima, Sarjil.
Ketika Sarjil hendak mara,mereka mendapat khabar bahawa Kaisar juga sedang mara dengan tenteranya yang berjumlah 100 000 orang.
Jadi, semuanya berjumlah 200 000 orang!


Bayangkan-rakan rakan, 3000 orang berlawan dengan 200 000 orang! Jadi ketika itu, ada di kalangan sahabat yang menyuruh menghantar maklumat kepada Rasulullah akan perkara ini andai kata ada rukhsah untuk tidak berperang.


Dalam keadaan ragu ragu itu, Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang:
“Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid.
Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya.
Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.”


Lantas saja, semangat tentera Islam membakar kembali umpama api yang membaham kertas.Lalu,kedua dua pihak berperang bermati-matian. Dalam pertempuran yang sengit itu gugurlah Zaid bin Harithah sebagai syuhada.


Terus sahaja, Jaafar bin Ali Talib r.a memikul tanggungjawab sebagai panglima. Beliau sengaja melumpuhkan kaki kudanya supaya beliau tidak ada alasan melarikan diri dari medan pertempuran yang kian menggila itu.


Beliau menggenggam bendera dengan tangan kanannya,tetapi musuh datang menetak. Lalu, berpindah ke tangan kirinya. Ditetak jua. Lantas, didakap bendera Islam itu dengan kedua tangannya yang kudung.


Darah mengalir seperti kepala paip yang kehilangan penguncinya. Akhirnya,riwayat beliau diakhiri dengan satu tetakan dari belakang yang menyebabkan badannya terputus.


Abdullah bin Umar ra. menceritakan,
“Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”
Allah telah menganugerahkan sepasang sayap buat Jaafar di syurga nanti.


Selepas itu, Abdullah bin Rawahah pula memimpin tentera Islam di mana beliau juga turut menyertai para syuhada’ yang lain. Kegigihan Abdullah dapat dilihat apabila beliau sanggup memutuskan jari-jarinya yang telah ditetak oleh musuh kerana mengganggu pergerakannya.
Seterusnya,tentera Islam dipimpin oleh seorang panglima yang selepas itu menjadi salah seorang panglima yang agung di dalam sejarah Islam. Beliau ialah panglima yang ulung, Khalid bin Al Walid.


Khalid berjaya melakukan satu taktik pengunduran yang berjaya mengelirukan tentera musuh dan berjaya meminimakan kerugian di pihak Islam.
Di dalam perang ini,seramai 1000 tentera Muslim telah syahid manakala di pihak musuh kira-kira seramai 20 000 orang telah terkorban.


Perang ini telah menggoyah keyakinan Kaisar dan telah menambahkan lagi keyakinan di pihak Muslim.
Yakinlah dengan janji Allah,syurga menanti para PENCINTA SYAHID!


“hidup mulia atau mati syahid…”itulah jalan kami…

Friday, May 28, 2010

iSlamkAh aKu EsOK hARi?


ingat tak kisah Bashisha? Siapa dia? Mari kita kaji kisah beliau......




Pada zaman Rasulullah ada seorang guru agama. Beliau mempunyai ramai murid. Beliau juga seorang yang kuat beribadat kepada Allah dan tidak suka melakukan maksiat.




Suatu hari datang iblis yang menyamar sebagai seorang lelaki yang soleh.. Dia datang kepada guru tersebut lalu berkata....' wahai guruku aku lihat engkau tidak sekali pun melakukan kejahatan. pasti tuhan engkau sayangkan engkau. Tidakkah engkau berasa ingin melakukan kejahatan sekali seumur hidupmu. Aku syorkan engkau lakukan satu sahaja daripada tiga ini.




1) membunuh


2) berzina


3) minum arak




Nanti tuhanmu pasti mengampunkan dosamu kerana dia engkau telah beribadat sekian lamanya'. kata iblis itu.




Maka jawab guru itu,' baiklah. aku akan melakukannya. nanti aku bertaubatlah. aku nak melakukan kejahatan yang ketiga iaitu minum arak. kerana dosa minum arak kecil sedikit daripada membunuh dan berzina'.




Maka guru itu pun pergi ke sebuah kampung untuk membeli arak. kebetulan yang menjual arak di kedai itu terdapat seorang gadis yang sangat cantik. setelah guru tersebut meminum arak beliau menjadi mabuk lalu beliau berzina dengan gadis tadi. apabila pelakuan beliau diketahui oleh abang gadis itu maka beliau telah membunuh abang gadis tersebut.




Iblis menyamar sebagai seorang lelaki lalu memberitahu orang kampung bahawa guru itu telah membunuh seorang ahli kampung mereka.Setelah perlakuan guru itu diketahui oleh orang kampung. maka beliau pun ditangkap dan disalib pada sebatang pokok, untuk dijatuhi hukuman. kemudian datang iblis untuk memberi pertolongan.


lalu iblis berkata' aku akan menolong engkau tapi dengan satu syarat aku akan melepaskan engkau. syaratnya , engkau mesti sujut dekat aku sekali sahaja. aku janji akan melepaskan engkau.


berkata guru itu' bagaimana aku nak sujud dekat engkau sedang tangan aku diikat.


iblis menjawab' engkau hanya melakukan isyarat sahaja. dengan menundukkan kepala engkau kebawah sedikit. aku akan melepaskan engkau.

jawab guru itu semula' baiklah.


lalu beliau pun sujud dengan menggunakan isyarat sahaja. maka iblis pun ketawa dengan kuatnya dan berkata ' aku tidak akan melepaskan engkau. aku hanya nak melihat engkau akan dibakar bersama2 aku nanti dineraka. hahaha...'


maka guru itu pun matilah dalam keadaan kufur...


ketahuilah bahawa iblis dan syaitan itu musuh yang nyata sampai hari kiamat kelak. dan janganlah sesekali kita terdorong untuk melakukan kemaksiatan kerana segala kejahatan itu adalah yang paling dibenci Allah dan seluruh alam ciptaan tuhan....




Friday, May 21, 2010

Kebebasan


Apa yang kita cari sebenarnya.......kebebasan hidup?
dikisah pada zaman dahulu ada seorang ustaz dan lima orang muridnya yang giat menuntut ilmu...
suatu hari ustaz itu memberi setiap seorang seekor ayam untuk disembeleh. kata ustaz itu,' cari tempat yang tidak ada orang yang melihat kamu, sedang kamu sibuk menyembelih ayam itu'.
maka masing2 mencari tempat untuk melakukan tugasan yang diberi oleh ustaz tersebut.
maka apabila mereka selesai melakukan tugasan tersebut, mereka kembali kepada ustaz nya.
masing2 menunjukkan ayam yang disembelih itu. tapi seorang daripada mereka itu menunjukkan ayam yang diberi tadi masih tidak disembelih.
berkata ustaz itu,' kenapa kamu tidak sembelih ayam yang saya beri kepada kamu tadi.
maka berkata murid itu,' saya sudah mencari tempat yang tidak ada orang yang boleh melihat saya. tapi saya tidak menjumpainya. saya merasa ada yang melihat ketika saya hendak menyembelih ayam itu. saya takut....'
ustaz itu berkata,' kamu lulus dalam ujian ini kerana tiada tempat yang tidak boleh dilihat oleh ALLAH'.
Inilah kesannya apabila kita dekat dengan Allah dan sentiasa merasa kita adalah makhluk Allah
yang tidak lari dari kebebasan yang sedia digaris oleh ulama'2 terdahulu...

Thursday, May 20, 2010

CiNta


Cinta adalah perasaan jiwa dan tarikan hati. Ia adalah fitrah. Islam mengiktiraf fitrah ini dan menggariskan 3 peringkat cinta:
1) cinta agung: cinta kepada Allah, rasul, dan jihad di jalan Allah.
2) cinta pertengahan: cinta yang terhasil daripada ikatan selepas perkahwinan ( aqidah, keturunan, kaum kerabat, perkahwinan, dan pesaudaraan.
3) cinta hina: cinta taghut, syaitan, musuh2 Allah, hawa nafsu, syahwat, dan utamakan kasih (ibu bapa, anak2, isteri, keluarga, perniagaan, negara....melebihi kasih Allah dan Rasullullah serta jihad di jalan Allah..)
dalan islam tiada istilah cinta sebelum kahwin. Dr. Abdullah Nasih Ulwan meletakkan 3 peringkat cintaberdasarkan surah AT-TAUBAT ; 24....yang bermaksud...
katakanlah, ' jika bapa2 mu,anak2 mu, isteri2 mu, keluaga2 mu, harta2 kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya serta berjihat di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 fasik.
masih belum terlambat untuk menagih cinta ilahi. Kerna Allah itu tidak pernah membenci hambaNya kecuali hambaNya itu sendiri yang meninggalkan tuhannya.....

TeMaN sEjAti


Kta ibu,kawan umpama lebah. Ada madu ia pun datang.
Kta ayah, kawan umpama kumbang. Habis madu terbang ia.
Kta nenek, kawan umpama merpati. Disiul tak mungkin hampir, ditabur makanan beribu yang menghimpit.
Kta cikgu, kawan setia berkorban apa saja. yang memastikan kawan berjaya hingga keakhirnya.
Kta orang, kawan suka mudah dicari, kawan duka 1 dalam seribu. kawan sejati tidak mungkin menjelma. namun hadirnya membawa bahagia.....
mungkin benar kata2 mereka tapi bagi orang2 yang beriman kawan itu umpama peha kanan dan peha kiri. Apabila dicubit peha kanan peha kiri pun akan terasa...kerana hati orang2 beriman itu hanya 1.

Tuesday, May 18, 2010

KESALAHAN MENUTUP AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.


KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)


KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.


KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.


Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Thursday, May 13, 2010

KASIH IBU




Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, " Ada dua orang perempuan sedang bermain-main dengan anak mereka. Tiba-tiba datang seekor serigala dan menerkam salah seorang anak itu, kemudian dibawa lari. Maka ibu yang mempunyai anak yang diterkam berkata kepada ibu yang anaknya selamat: ' Yang dibawa lari serigala itu anakmu'. Temannya pun membantah: 'Bukan, yang diterkam itu ialah anakmu'.




YANG MANA SATU IBUNYA




Mereka saling berebut, maka kedua-duanya bersepakat menemui Nabi Daud a.s untuk meminta bantuan. Lalu Nabi Daud a.s memberi keputusan bahawa anak tersebut ialah putera


daripada ibu yang lebih tua usianya.




BELAH ANAK ITU




Kerana tidak puas hati, mereka mengadu kepada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. Nabi Sulaiman berkata: ' Bawalah kepadaku sebilah pisau untuk membelah anak ini agar masing-masing ibu mendapat bahagiannya'. Perempuan yang masih muda berkata: ' Jangan lakukan! Semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Itu anak daripada ibu ini,' katanya sambil mrnunjukkan kepada ibu yang lebih tua. Maka Nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak tersebut putera daripada ibu yang lebih muda.